Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

tlm8o

Soalan

A'skum... Ustaz, saya ada kemusykilan dengan adat dan syariat tentang
jimak selepas nikah. Seringkali kita mendengar peristiwa seperti nikah
gantung. Dikatakan mengikut adat, suami isteri dalam nikah gantung belum
boleh 'bersama' sebelum kenduri. Adakah itu sama dengan dosa menghalalkan
yang haram atau mengharamkan yang halal? Jika betul, siapakah yang
menanggung dosa tersebut kerana menyiksa batin kedua-dua suami isteri
tersebut...

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t

Terima kasih di atas kesudian anda melayari laman web kami.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan daripada pihak, Islam sebenarnya agama mudah kepada umatnya. Dalam hal pernikahan contohnya bertujuan untuk menjaga kemuliaan keturunan.

Istilah nikah gantung ( nikah khitbah ) sebenarnya pernah diamalkan dalam masyarakat Arab di mana sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah). Sebenarnya  nikah gantung bertujuan   mencegah lelaki dan wanita terus melakukan  maksiat akibat daripada masalah yang berkaitan seperti kesibukan bekerja, kekurangan sumber kewangan dan lain-lain.

Masyarakat terlalu mementingkan adat berbanding syariat. Jadi adalah berdosa sekiranya menghalalkan perkara yang haram dan sebaliknya.  Oleh itu  pasangan boleh "bersama" jika tiada halangan daripada syarak. Mereka yang menghalang tujuan itu atas dasar mempertahankan adat dan membelakangkan syariat menangung dosa tersebut.

Kategori


Ditanya pada

01

Jan

2010

Telah dilihat 1467 kali

Semua Kategori: