Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

12dcx

Apakah Hukumnya Mengadakan Rusuhan Untuk Membantah Sesuatu Perkara Kerana Ia Menghina Islam (Cthnya Innocence Of Muslims) .

Soalan

Apakah hukumnya mengadakan rusuhan untuk membantah sesuatu perkara kerana ia menghina Islam (Cthnya innocence of muslims) .
Jika seseorang itu Mati kerana mengadakan rusuhan untuk membantah sesuatu perkara kerana ia menghina Islam , adakah ia dikira sebagai jihad ? dan mati Syahid ?
Mohon penjelasan panel .....

Jawapan

Masaalah yang timbul ialah kepada siapa rusuhan itu hendak dilakukan?, jika kepada penerbitnya yang telah menghina Islam maka ianya adalah di bolehkan berdasarkan nas yang banyak. Tetapi jika merosakkan harta awam maka ianya adalah di larang. Adapun jika mati dalam mempertahankan Islam dalam kes seumpama ini maka di sini terdapat khilaf ulamak ada ulamak seumpama Imam Syafie menyatakan Syahid hanya yang mati di medan perang mempertahankan Islam. Jika berperang kemudian cedera tetapi mati selepas selesai perang di sisi Imam Syafie tidak Syahid, walaupun si mati mendapat pahala syahid di sisi Allah. Tetapi dalam mazhab lain ada yang menyatakan yg mati itu adalah syahid sebab Nabi bersabda "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid, Sesiapa yang mati kerana mempertahankan maruahnya maka dia syahid..." Jika mati kerana harta dan maruah di kira syahid maka mati kerana mempertahankan Islam sudah tentu mati syahid dan amat mulia kedudukannya di sisi Allah. Justeru itulah ummat Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan kesucian Islam yang di hina oleh musuh-musuh Islam. Bahkan ianya menjadi kewajipan dan akidah kita untuk mempertahankan Nabi s.a.w. dalam apa keadaan sekalipun.


Ditanya pada

18

Sep

2012

Telah dilihat 594 kali

Semua Kategori: