Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

i14xe

Bolehkan Saya Berhari Raya Lebih Awal Sehari ?

Soalan

Adakah saya boleh berhari raya sehari lebih awal daripada masyarakat tempatan di Malaysia? Ini adalah kerana saya telah mencukupkan berpuasa selama 30 hari Ramadan ( biasanya bulan Ramadan tidak sampai 31 hari ). Untuk pengetahuan tuan, saya pada awal Ramadan lalu telah melakukan umrah dan turut berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi iaitu memulakan puasa lebih awal sehari daripada Malaysia.

Jawapan

Dalam kes ini, anda tidak boleh menyambut Hari Raya Idilfitri lebih awal jika anda berada di Malaysia. Ringkasnya, sekalipun puasa anda telah menjadi 31 hari, anda masih wajib berpuasa mengikut masyarakat Islam di Malaysia. Wallahu 'alam.

Kategori


Ditanya pada

12

Aug

2012

Telah dilihat 559 kali

Semua Kategori: