Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

atcjz

NIAT MANDI HADAS/WAJIB

Soalan

Assalamualaikum…
Boleh kah niat mandi hadas haid begini “SAHAJA AKU MANDI HADAS BESAR SELURUH TUBUH KERANA ALLAH TA’ALA” tanpa menyebut spesifik “hadas haid”, Bila menyebut “hadas besar” untuk membersihkan diri dari hadas haid dan hadas-hadas besar lain. Atau adakah perlu menyebut “hadas haid” untuk mandi haid. Perlukan jawapan segera. Wassalam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dalam hal ini, niat “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala" adalah memadai untuk semua perkara yang menyebabkan wajibnya mandi.

Ringkasnya, niat di atas boleh digunakan untuk semua perkara yang menyebabkan seseorang itu mandi wajib. Wallahu 'alam.

Kategori


Ditanya pada

10

Aug

2012

Telah dilihat 796 kali

Semua Kategori: