Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

nzpku

Lantai Leher Ada Kalimah Allah

Soalan

biasanya sy memakai lantai leher ada kalimah Allah pun ke mana-mana saja.tapi bila ke tandas adakah saya meninggalkan lantai leher tu?kadangkala saya terlupa nak tinggalkan lantai leher tu apabila ke tandas,adakah saya minta Allah ampunkan saya? ok?tolong penjelasan ustazah? salam, aksum....terima kasih....

Jawapan

Waalaikumussalam,

Kebiasaannya rantai leher wanita memang tiada kalimah Allah,yang ada itu cuma buah rantai yang digantung pada rantai leher dengan ukiran kalimah Allah.Oleh kerana ia kalimah Allah yang sifatnya suci , maka  ia sepatut dan sewajarnya dijaga dengan baik agar tidak dibawa pada tempat-tempat yang  kotor dan tidak suci seumpama tandas.

Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan anda telah kerapkali membawanya ke dalam tandas disebabkan tidak tahu hukum.Justeru kita kena belajar dan rajin bertanya kepada mereka yang tahu tentang perkara ini.Jika sebelum daripada ini anda tidak tahu hukumnya dimaafkan.Andaikata selepas diberitahu,anda buat-buat tidak tahu maka berdosalah perbuatan anda itu.

Panel nasihatkan agar anda mohon keampunan  kepada Allah SWT di atas kealpaan anda selama ini.Mudah-mudah segala kesilapan dan kesalahan anda terdahulu diampunkan oleh Allah SWT.


Ditanya pada

07

May

2012

Telah dilihat 943 kali

Semua Kategori: