Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

awt5b

Keluar Coklat Selepas Hari Ke 15

Soalan

saya keluar haid seperti biasa, normal selama 7-9 hari dan telah mandi wajib. kemudian pada hari ke 16,kelihatan pepejal+cecair coklat telah keluar.apakah itu dikira haid?dan jika bukan darah haid,perlukah saya mandi wajib utk menunaikan solat?

Jawapan

Waalaikumussalam,

Dalam kebanyakan kitab fekah yang teragung/muktabar , para sarjana fekah telah menetapkan tempoh/perkiraan haid seseorang wanita itu  seperti berikut:

1.Wanita yang normal kebiasaannya 1 hari satu malam (24 jam).

2.Lumrah wanita terutama di Malaysia  dan kawasan-kawasan lain ialah 7 hari 7 malam

3.Paling lama ialah 15 hari 15 malam.

Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan, jelaslah bahawa darah yang keluar selepas 15 hari 15 malam itu bukannya darah haid/kotor,tetapi ia dikira  sebagai darah penyakit.Ia tidak memerlukan anda mandi wajib,sebaliknya apabila anda yakin darah haid itu sudah kering sama ada pada hari ke tujuh atau pada hari ke 15 maka anda perlu mandi wajib.

Menurut  para sarjana fekah jika darah penyakit itu keluar maka ia perlu dibersih dan disuci seterusnya disumbat dengan kain bersih atau kapas bagi membolehkan anda melakukan ibadat seperti solat,puasa sunat,membaca al-Quran dan seumpamanya.Wallahu a'lam.


Ditanya pada

06

May

2012

Telah dilihat 2301 kali

Semua Kategori: