Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

thbav

Mandi Hadas Yang Betul

Soalan

assalalamualaikum, boleh ke mandi hadas besar dlm berkeadaan bogel? hal ini kerana sy rasa lbh yakin air itu smpi ke tubuh badan berbanding mggunakan ain basahan. DAN meratakan air ke seluruh badan adakah mempunyai trtib tertentu yg perlu dilakukan sprti menyiram air ke atas kepala sbnyak 3kali lepas tue dituruti dgn menyiram sebelah kanan 3kali dan kiri 3 kali dan diakhiri menyiram sambil mencangkung snyk 3kali? mohon penjelasan.. terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

anda boleh berbuat demikian, namun yang afdalnya mandi dengan memakai kain basahan.

Cara mandi hadas yang terbaik adalah cara mandi yang telah ditunjukkan oleh rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Berikut adalah cara mandi hadas rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:

Dari Ibn ‘Abbas Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Maimunah Radhiyallahu 'Anha berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam mandi wajib. Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM memasukkan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya.

Seterusnya Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya.

(Hadis Riwayat al-Bukhari) 

 

Di dalam Sahih Muslim disebutkan pula:

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM sapu tangan, lalu Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM menolaknya.

 

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

 

1. Niat ketika air sampai ke tubuh.

2. Membaca “Bismillah”.

3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5. Membersihkan (menyucikan) tangan kiri dengan sabun.

6. Berwuduk.

Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa (untuk solat) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7.         Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari, maksudnya:

“Kemudian Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.” 

 

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah Radhiyallahu 'Anha, maksudnya:

“Baginda SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”.

 

8.         Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

Dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha: “Sesungguhnya Rasulullah SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”.

(Hadis Riwayat Muslim)

 

9.         Meratakan air ke seluruh tubuh.

10.       Keluar dari tempat mandi dan membasuh kaki.

 

Demikianlah cara mandi hadas/wajib yang telah ditunjukkan oleh rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, dan cara mandi Baginda inilah yang paling wajar dicontohi dan diikuti oleh semua masyarakat Muslim. Wallahu’alam.

Kategori


Ditanya pada

05

May

2012

Telah dilihat 1261 kali

Semua Kategori: