Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

1y2at

Kehalalal Ubat Batuk Mucinex

Soalan

Assalamualaikum. saya ingin mengetahui adakah ubat batuk mucinex halal untuk dimakan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sila lihat pada kotak atau pembungkus ubat batuk tersebut, jika padanya terdapat logo halal terutamanya logo halal JAKIM, jelaslah bahawa ubat batuk tersebut boleh diambil dan digunakan oleh para pengguna muslim.

Namun begitu, jika tidak terdapat sebarang tanda atau logo halal padanya, ia adalah masih diragukan mengenai status halalnya dan para pengguna muslim dinasihatkan supaya mencari ubat batuk yang lain (ada tanda/logo halal). untuk maklumat lanjut, sila layari laman web halal JAKIM dialamat; www.halal.gov.my. Terima kasih. Wallahu 'Alam.

Kategori


Ditanya pada

24

Jan

2012

Telah dilihat 1374 kali

Semua Kategori: