Kod Rujukan Soalan
5oaxiMerancang Keluarga Dengan Cara Mengikat Peranakan
Soalan
Assalamualaikum...Saya berumur 36 tahun dan baru sahaja melahirkan anak yang kelima. Masalah saya,baru-baru ini saya menghidapi penyakit darah tinggi dan buasir selepas melahirkan anak.Bayi saya juga besar.Doktor menasihatkan saya agar mengikat tiub peranakan saya memandangkan usia,bilangan anak dan penyakit yang dhidapi. Suami saya menggalakan agar saya mengikat sahaja. Saya ingin mengetahui apakah hukumnya kalau saya mengikat tiub peranakan dan kesan pada masa yang akan datang. Terima kasih
Jawapan
Waalaikumussalam, sekiranya yang memberi pandangan tersebut memang doktor pakar berugama Islam, panel nasihatkan eluk puan ikut.Ini kerana mereka lebih faham bahaya dan risiko yang bakal puan hadapi sekiranya tiub peranakan tidak diikat.
Tambahan pula mengikut sejarah puan telahpun mempunyai darah tinggi dan penyakit buasir.Mereka bimbang jika saluran tiub peranakan tersebut tidak diikat berkemunkinan peratus untuk puan mengandung lagi tetap ada.
Untuk pengetahuan puan hukum mengikat tiub peranakan tersebut adalah harus bagi tujuan keselamatan puan dan bakal bayi jika puan ditakdirkan hamil.sebenarnya tiada kesan apa-apa jika puan ikat tiub peranakan tersebut,cuma dalam tempoh itu puan tidak lagi boleh hamil.Andaikata dengan irodah Allah segala kemunkinan boleh berubah dan berlaku.Malah terdapat teknik perubatan moden sekarang tiub peranakan tersebut boleh dibuka semula jika puan berkeinginan untuk tambah anak setelah puan betul-betul pasti bahawa penyakit puan telah sembuh keseluruhannya.Wallahu a'lam.
Semua Kategori:
- AQIDAH (4902)
- SYARIAH (25049)
- Taharah, Bersuci (2700)
- Solat (4295)
- Puasa (2278)
- Zakat, sedekah, cukai, Baitulmal (494)
- Haji, umrah (324)
- Sembelihan, aqiqah, korban (674)
- Pengurusan jenazah (244)
- Wasiat, wakaf (376)
- Munakahat, perkahwinan (7557)
- Lamaran, peminangan, kufu' (44)
- Nikah, wali, saksi (325)
- Mas kahwin, hantaran, walimatul urus (36)
- Poligami, tanggungjawab dalam keluarga (270)
- Perceraian (879)
- Lian, ila', zihar (47)
- Ruju', faraq, iddah, mutaah (49)
- Nama anak, tahnik, penyusuan (374)
- Nafkah, penjagaan anak (104)
- Harta Sepencarian (3)
- Undang-undang jenayah (572)
- Muamalat (2395)
- AKHLAK (793)
- ISU SEMASA (12131)
- Umum (1969)

