Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

au3iv

Pengertian Zihar

Soalan

Assalamualaikum…….
Saya ingin bertanya si suami telah menelefon pihak bank bertanyakan
pembayaran bagi pihak isterinya, bila pihak bank bertanyakan
hubungan si suami telah mengatakan dia adalah abangnya
untuk menggelakkan pihak bank dapat menghidu bahawa si suami ini
telah berhutang jugak dengan bank yang sama dengan isteri.
Adakah berlaku zihar.

Harap tuan dapat beri penjelasan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

Tidak berlaku Zihar di dalam kes ini. suami menyatakan bahawa dia adalah abang kepada isterinya, sedangkan Zihar pula membawa maksud menyamakan isteri dengan ibu kandung dengan niat untuk menceraikannya.

Dari itu, tidak berlaku Zihar di antara suami isteri tersebut. Wallahu 'Alam.

Kategori


Ditanya pada

03

Nov

2011

Telah dilihat 2287 kali

Semua Kategori: