Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

quiki

Bacaan Makmum Semasa Imam Membaca Alfatihah Dengan Perlahan

Soalan

Salam, apakah bacaan makmum semasa imam membaca alfatihah dengan perlahan (dalam solat Asar contohnya). Setiap rakaat makmun tidak dpat mendengar bacaan imam. Adakah makmum hanya membaca Al-fatihah sahaja ATAUPUN perlu membaca Alfatihah DAN surah lain?. Terima Kasih Ustaz.

Jawapan

Wassalam,

Di dalam solat berjema’ah, makmum hanya perlu membaca surah Al-Fatihah sahaja. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:

Dari Ubadah bin Shamit Radhiallahu ‘Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu A’laihi Wassalam bersabda ketika selesai melaksanakan solat subuh kepada para sahabatnya:

“Apakah ada di antara kamu yang membaca di belakang imam?” Mereka menjawab: “Ya, ada wahai Rasulullah”. Lalu Baginda bersabda: “Janganlah kamu melakukannya kecuali Ummul Qur’an (Al Fatihah) kerana sesungguhnya tidak ada solat bagi orang yang tidak membacanya”.

(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Abu Hanifah dan Daruquthni).

 

Berasaskan kepada maksud hadith di atas, dengan jelas sekali Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyatakan bahawa para makmum hanya perlu membaca Surah Al-Fatihah sahaja di dalam solat berjema’ah tersebut dan bacaan yang lain adalah tidak perlu untuk dibaca. Wallahu a’lam.

Kategori


Ditanya pada

23

Sep

2011

Telah dilihat 2142 kali

Semua Kategori: