Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

tr512

Kemusykilan Tentang Ila'

Soalan

bolehkah jelaskan secara terperinci mengenai ila'?kenapakah suami melafazkan ila' tersebut??

Jawapan

Ila'  

 

Ila’ adalah sumpah seorang suami tidak akan berjimak dengan isterinya selama empat bulan atau lebih.

 

Cara terjadinya Ila’:

Apabila suami bersumpah dengan menyebut nama Allah untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih (tidak dinyatakan tempohnya).

 

Hukum melakukan Ila':

Hukumnya adalah haram kerana ia akan memudaratkan isteri.

 

Kesannya:

Jika suami berpegang dengan ila' yang dibuatnya (tidak menyetubuhi isterinya sehingga tamat tempoh ila’) maka gugurlah talaq ba’in ke atas isterinya.

 

Gugurnya talaq ba’in adalah sebagai alasan atas kezaliman suami dan menjadi rahmat kepada isteri dan ini akan membolehkannya berkahwin dengan lelaki yang lain.

 

Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujuk terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan mengenai berlakunya ila’ tersebut.

 

Namun begitu, jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup empat bulan atau lebih maka dia wajib menbayar Kifarah Yamin (Kifarah Sumpah). Kifarah tersebut adalah seperti berikut:

1.         Memberi makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin contohnya seperti beras, gandum atau yang lainnya, setiap seorang secupak (675 gram), jika tidak mampu,

2.   Memberi pakaian yang kadarnya boleh menutup aurat kepada 10 orang miskin, setiap seorang sepasang. Jika tidak mampu

3.         Memerdekakan seorang hamba (muslim).

 

Jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada tiga perkara di atas, maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut.

 

Mengenai mengapa suami melafazkan ila’, ia adalah di atas pertimbangan suami tersebut sendiri. berkemungkinan besar berlakunya pertengkaran di antara suami dan isteri terutamanya mengenai hubungan kelamin ataupun sebagainya. Wallahu 'Alam.

Kategori


Ditanya pada

01

Jul

2011

Telah dilihat 2324 kali

Semua Kategori: