Kod Rujukan Soalan
la8m4Soalan
25 disember setiap tahun adalah hari krismas/natal bagi penganut
kristian.jika sekiranya penganut tersebut mengadakan upacara
bertukar-tukar hadiah sempena menyambut krismas sama ada di pejabat atau
di tempat kediaman dan ada segelintir umat Islam yang mengikut/turut
menyertai acara tersebut. soalan saya..apakah hukum sambutan itu bagi umat
ISlam.
Jawapan
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Umat Islam juga boleh memberi hadiah, tetapi adalah lebih elok jika hadiah
tersebut tidak diberikan pada hari tersebut (25 Disember) kerana ia sama
seperti mereka yang merayakan perayaan tersebut. Panel mencadangkan agar
hadiah tersebut diberikan sama ada sehari sebelum atau sehari selepas
sambuatan perayaan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan daripada meniru cara
dan amalan mereka. Wallahu 'alam.
Kategori
Semua Kategori:
- AQIDAH (4743)
- SYARIAH (22217)
- AKHLAK (682)
- ISU SEMASA (11761)
- Umum (1327)

