Logo IslamGrid

Kod Rujukan Soalan

2snls

Soalan

Assalamualaikum wbk...
Saya sedang menetap di Tokyo,Jepun dan saya ingin mencari pekerjaan.
Baru-baru ini saya berminat untuk memohon pekerjaan di sebuah kedai makan
India, yang menyediakan makanan halal (walaupun tiada daging babi di
sediakan, sebahagian dari bahan masakan seperti daging ayam adalah tidak
halal). Malangnya kedai ini juga menyediakan minuman arak di kedai mereka.
Saya ingin bertanya, sekiranya saya bekerja di kedai ini, tanpa
menghidangkan arak, adakah pendapatan saya halal? Bagaimana jika saya
mungkin terpaksa menerima tempahan arak? Satu-satunya sebab saya ingin
bekerja di kedai tersebut adalah kerana ingin terus bertudung dan mudah
untuk saya menunaikan solat, memandangkan pekerja di situ beragama Islam.

Jawapan

Bekerja di tempat yang bercampur di antara halal dan haram adalah syubhah
dan ia boleh membawa kepada haram.Oleh yang demikian, saudari hendaklah
mengelakkan diri dari bekerja di tempat sedemikian.Ini kerana Nabi s.a.w.
bersabda yang bermaksud, " Allah S.W.T. melaknat arak,orang yang
meminumnya,orang yang menuang,orang yang menjual,orang yang membeli,orang
yang membuatnya, minta dibuatkan,orang yang membawa dan mengangkut serta
memakan hasil darpada jualan tersebut". (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

Kategori


Ditanya pada

23

Jan

2007

Telah dilihat 1747 kali

Semua Kategori: