Semua Soalan Dibawah Kategori Zakat, Sedekah, Cukai, Baitulmal
Memaparkan soalan 1 10 daripada 437 soalan.
berapakah nilai wang ringgit dalam RM bagi sesaorang yang beragama islam yang terkumpul paling minima untuk dikira bagi tujuan membayar zakat harta dan apa syarat-syaratnya. mohon penjelasan.
Jumlah wang atau kadar nisab yang wajib dikenakan zakat bagi seorang Islam
yang tinggal di Wilayah Persekutuan ialah sebanyak RM 6200.00, kadarnya
ialah 2.5% yang wajib dikeluarkan dari jumlah simpanan wang tersebut atau
sebanyak RM 155.00. [...]Selanjutnya
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sesuatu. Adakah fidyah boleh dibayar dengan wang sebagai ganti. Jika boleh, berapakah kadar yang dikenakan?
Wa'alaikumussalam w.b.t.
Fidyah boleh ( harus ) dibayar dengan wang sebagai ganti beras ( mengikut
kebiasaan beras yang dimakan). Kadar yang dikenakan bagi satu fidyah
ialah bersamaan dengan 675 gram dan nilai harga semasa mengikut gred [...]Selanjutnya
Tuan, dimanakah kedudukannya didalam islam bagi seseorang yang kaya raya dan menggunakan duitnya dengan membeli barangan yang berjenama dan mahal - mahal dan hanya memberikan zakat secukupnya [...]
Kedudukan Islam seseorang itu tidak terjejas apabila ia berbuat demikian
kerana ia telah pun melaksanakan tanggungjawabnya dalam mengeluarkan zakat
yang diperintahkan Allah S.W.T.Mengenai fakir miskin yang wujud di dalam
masyarakatnya, saudara [...]Selanjutnya
salam...nak tanya pasal zakat pendapatan..dh rujuk website jabtn zakat psl kadar bayaran yang sepatutnya..then diaorg mtk bayar kt jabatn...blh x kalu kita bayar kt org2 kg yang miskin or [...]
Golongan yang berhak menerima zakat di antaranya ialah orang
miskin.Justeru jika orang-orang kampung dan saudara mara terdekat seperti
anak saudara tergolong dalam ertikata miskin maka wajar dan layaklah
mereka menerima pemberian daripada [...]Selanjutnya
saya ingin jikalau kita mahu membayar kifarat kepada 60 orang miskin. bolehkah kita membayarnya kepada Pusat Urus Zakat
kifarat ini boleh ditunaikan dalam bentuk wang dan dibayar kepada
Baitulmal Negeri..Selanjutnya
Asalamualaikum ustaz, saya ada beberapa kemusyikalan agama mengenai zakat. 1) Bolehkah seorang ayah memberi zakat tanaman kepada anakya yang sudah berkeluarga yang hidup susah? 2) Bolehkah [...]
Waalaikumussalam wrt. wbt.,
i) Seorang bapa tidak boleh memberi zakat kepada anak dan begitulah
sebaliknya.
ii) Seorang abang boleh memberi zakat kepada adik jika sekiranya adik
itu termasuk dalam golongan fakir atau miskin.
iii) Seorang adik [...]Selanjutnya
Ibu saya adalah ibu tunggal dan mendapat pencen socso sebanyak RM1000 sebulan. RM400 diberi kepada adik yang masih belajar di Politeknik. Perbelanjaan makan minum semua ditanggung oleh saya [...]
Duit zakat yang di berikan oleh Pusat Zakat Negeri-Negeri kepada asnaf
yang lapan termasuk fakir miskin.Ibu saudari dikategorikan sebagai miskin
oleh hak Pusat Pungutan Zakat berkenaan.Sebaik-baiknya saudari
berbincanglah dengan ibu samada [...]Selanjutnya
Adakah saya perlu mengeluarkan zakat bagi wang simpanan seperti wang yuran yang terkumpul dalam koperasi
mana-mana wang yang terkumpul yang mencukupi kadar (nisab) dan tahun
(haul) hendaklah dikeluarkan zakatSelanjutnya
Saya telah bernazar ingin menghantar seguni beras ke sebuah rumah anak yatim. Soalan saya,adakah saya boleh menggantikan seguni beras itu dengan wang yang sama nilainya dengan harga seguni [...]
Harus membayar nazar dengan menggantikannya dengan nilai seguni beras.
Tidak perlu melafazkan niat nazar ketika membayar nazar tersebut..Selanjutnya
Assalamualaikum, saya mengeluarkan wang KWSP dan hendak membayar zakat wang tersebut, bolehkah zakat tersebut dibayar kepada ahli keluarga terdekat seperti adik yang sedang belajar. Untuk [...]
W’kumsalam. Wang zakat KWSP boleh diberikan kepada ahli keluarga yang
sedang berlajar dan berada di dalam keadaan susah..Selanjutnya
Semua Kategori:
- AQIDAH (4743)
- SYARIAH (22217)
- AKHLAK (682)
- ISU SEMASA (11761)
- Umum (1327)

