Semua Soalan Dibawah Kategori Halal Haram Makanan, Produk
Memaparkan soalan 71 80 daripada 2,968 soalan.
Ustaz, Soalan saya ialah: Apakah pandangan di sisi Islam mengenai minuman "BEER" tanpa mengandungi Alcohol. Sekian. Terima Kasih.
Minuman "Beer" adalah jenis minuman yang ada kaitan dengan minuman yang
memabukkan atau tergolong dalam kategori arak dan ia adalah najis walau
pun tidak ada alkohol. Oleh itu meminum arak adalah haram walau pun tidak
memabukkanSelanjutnya
Assalamualaikum. Terkini terdapat sabun yang boleh dijadikan alat samak menggantikan tanah. Bolehkah saya ketahui bagaimana ianya dibolehkan sedangkan ia adalah sabun dan bukannya tanah pada [...]
aWaalaikumussalam
Produk tersebut telah mendapat Perakuan penggunaannya oleh Mufti
negeri-negeri untuk dijadikan alat samak.Selanjutnya
Saya cuma ingin kan JAKIM menyiarkan contoh kulit babi di ruangan ini supaya para pengguna dapat melihat dengan jelas kulit tersebut dan dapat dijauhi apabila membeli barangan kulit kelak
Kulit babi sangat senang dikenalpasti. Sekiranya saudara melihat tiga
titik berrangkai pada permukaan produk kulit tidak syak lagi ia adalah
kulit babi.Selanjutnya
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah contoh-contoh kandungan bahan dalam barangan kosmetik yang tidak halal dan suci untuk kegunaan pengguna Islam?
Wa’alaikumussalam wr wb
Contoh kandungan kosmetik adalah seperti bahan yang bersumberkan binatang
yang najis atau binatang halal tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
Untuk maklumat lanjut sila buat panggilan terus ke Bahagian Hub Halal
JAKIM.Selanjutnya
Apakah hukum bagi seorang lelaki memakai pakaian ( tali leher,baju, seluar & sapu tangan) sutera? Apakah pula hukumnya jika bukan 100% sutera? (Sutera dicampur cotton/ sbgnya) Bolehkah di [...]
Haram bagi lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera tulen.
Walau bagaimanapun disyaratkan bahan campuran tersebut melebihi daripada
sutera. Pakaian tersebut adalah harus dipakai dan boleh dibawa sembahyangSelanjutnya
Bolehkah kita menggunakan microwave yang telah digunakan untuk memanaskan daging khinzir & apa hukumnya kepada orang yang tahu tetapi tidak memberitahu kepada pekerja islam yang lain.
Boleh menggunakan microwave tersebut dengan syarat menyamaknya terlebih
dahulu. Adalah berdosa bagi orang yang telah mengetahuinya tidak
memberitahu kepada orang lain..Selanjutnya
makanan,minuman dan barangan kegunaan harian yang dianggap haram di sisi agama islam
Makanan dan minuman serta barangan gunaan harian yang haram adalah
ramuannya terdiri daripada unsur-unsur haram seperti gelatin, alkohol yang
diperbuat mengikut proses arak,terdiri daripada najis mughallazah dan
sebagainya. Untuk maklumat [...]Selanjutnya
makanan,minuman dan barangan kegunaan harian yang dianggap haram di sisi agama islam
sesuatu larangan atau tegahan terhadap amalan dan perbuatan yang jelas
hukumnya seperti yang terkandung dalam al-Quran dan aL-Hadis atau melalui
ijma' (kesepakatan) ulamak,qiyas dan seumpamanya.Selanjutnya
cici-ciri yang terdapat dalam makanan ,minuman dan barangan kegunaan
harian yang haram
Makanan dan minuman serta barangan gunaan harian yang haram adalah
ramuannya terdiri daripada unsur-unsur haram seperti gelatin, alkohol yang
diperbuat mengikut proses arak,terdiri daripada najis mughallazah dan
sebagainya. [...]Selanjutnya
sebab -sebab makanan tersebut diharam kan di dalam islam
Sebab-sebab makanan tersebut diharamkan:
1- Nas daripada Al-Quran dan Sunnah
2- Mengandungi najis
3- Beracun dan memudaratkanSelanjutnya
Semua Kategori:
- AQIDAH (4902)
- SYARIAH (25049)
- Taharah, Bersuci (2700)
- Solat (4295)
- Puasa (2278)
- Zakat, sedekah, cukai, Baitulmal (494)
- Haji, umrah (324)
- Sembelihan, aqiqah, korban (674)
- Pengurusan jenazah (244)
- Wasiat, wakaf (376)
- Munakahat, perkahwinan (7557)
- Lamaran, peminangan, kufu' (44)
- Nikah, wali, saksi (325)
- Mas kahwin, hantaran, walimatul urus (36)
- Poligami, tanggungjawab dalam keluarga (270)
- Perceraian (879)
- Lian, ila', zihar (47)
- Ruju', faraq, iddah, mutaah (49)
- Nama anak, tahnik, penyusuan (374)
- Nafkah, penjagaan anak (104)
- Harta Sepencarian (3)
- Undang-undang jenayah (572)
- Muamalat (2395)
- AKHLAK (793)
- ISU SEMASA (12131)
- Umum (1969)

